Sebelum ini saya telah menulis pandangan saya mengenai isu berkaitan sikap perkauman. Dalam penulisan seterusnya ini saya ingin memerihalkan salah tanggap terhadap sikap perkauman dan memperbaiki persepsi negatif terhadap sikap perkauman.
Amnya sikap perkauman sering dikaitkan dengan konotasi yang negatif. Apabila seseorang itu dikatakan bersikap perkauman, maka dia dituduh mementingkan kaumnya sahaja dan membenci bangsa/kaum lain. Jika kita amati sebenarnya di sini terdapat aplikasi logik dua keadaan/pilihan - benar atau salah, A atau B, dsb. Dengan kata lain, 'perkauman' hanya diberi dua pilihan di bawah:
N1 - bersikap perkauman, maka dia PERLU benci bangsa lain.
N2 - TIDAK bersikap perkauman, maka dia PASTI tidak benci bangsa lain.
Maka N1 adalah bukan N2, dan sebaliknya.
Persoalannya - adakah ini benar? Misalnya saya mahu membela kaum atau bangsa saya. Adakah ini bermakna saya benci bangsa lain? Hakikatnya saya tidak benci bangsa lain. Kenapa saya mesti benci bangsa lain hanya kerana saya sayangkan kaum saya?
Adakah jika saya tidak pentingkan bangsa saya, saya boleh menerima bangsa lain? Belum tentu. Mungkin saya benci semua bangsa, atau saya rasa lebih hebat daripada semua orang. Tapi yang peliknya, ini dikatakan 'bersikap terbuka dan menerima semua orang sama rata'!

Maka di sini terdapat ketidakadilan dan penyempitan makna terhadap sikap perkauman. Sedangkan jika kita gunakan jadual kebenaran/ logik yang melibatkan dua pemboleh ubah A dan B, terdapat 4 kebarangkalian iaitu BENAR/BENAR, SALAH/BENAR, BENAR/SALAH, dan SALAH/SALAH (masing-masing nilai bagi A/B yang mewakili 'perkauman'/'benci'). Dalam kata lain sepatutnya ada 4 kemungkinan/ pilihan iaitu:
S1 - ada perkauman, benci bangsa lain;
S2 - ada perkauman, TIDAK benci bangsa lain;
S3 - TIADA perkauman, benci bangsa lain;
S4 - TIADA perkauman, TIDAK benci bangsa lain.
Jadi dalam persepsi negatif N1 dan N2 itu, mana lagi dua pilihan - S2 dan S3? Jadi persepsi N1 dan N2 ini bersifat bias dengan membias kepada memberi persepsi negatif terhadap sikap perkauman! Sedangkan sikap perkauman bukanlah sedemikian kerana boleh diperluaskan maknanya yang merangkumi S2 dan S3 di atas.
Amnya sikap perkauman bermaksud "seseorang merasakan dirinya sebahagian daripada satu kelompok unik dan membezakannya daripada kelompok lain". Itu saja. Tidak timbul soal benci-membenci. Namun apabila seseorang menyempitkan pemikiran dan logik akalnya, maka terhasillah persepsi 'dia mesti membenci kaum yang bukan dari golongannya'! Maka sifat benci itu adalah berpunca salah tanggap individu dan bukannya pada makna sikap perkauman itu.
Seharusnya persepsi negatif ini (hanya pilihan N1 atau N2) diperbetulkan iaitu apabila kita bersikap perkauman, tidak bermakna kita harus atau pasti membenci kelompok selain kita, dan seseorang yang membela kaumnya tidak boleh dikatakan dia membenci kaum lain melainkan dia mengaku atau terpapar jelas melalui tindakannya.
.

bahagian salahkah bersikap perkauman bahagian satu di mana ye..?
ReplyDeleteBahagian 1 di sini -> http://cikgu-menulis.blogspot.my/2014/03/salahkah-bersikap-perkauman.html
Delete