Selamat datang. Blog ini mengandungi penulisan dan bahan rujukan berkaitan pengaturcaraan dan penyelidikan yang ingin saya kongsi dengan anda. Semoga bermanfaat. (Nota: Selain teks rumi, blog ini turut mengandungi teks jawi bahasa Melayu)
Showing posts with label sisipan. Show all posts
Showing posts with label sisipan. Show all posts
Monday, September 23, 2024
Monday, August 12, 2024
Friday, April 20, 2018
Saturday, June 03, 2017
Zaum - bahasa emosi
Istilah zaum, merujuk kepada eksperimen linguistik dalam simbolisme bunyi dan penciptaan bahasa oleh penyajak 'futuris' empayar-Rusia seperti Velimir Khlebnikov dan Aleksei Kruchenykh. Istilah zaum ini diilhamkan oleh Kruchenykh, yang menggabungkan dua prefiks dalam bahasa Rusia iaitu za- (melampaui, di belakang) dan um- (minda, nous=kebijaksanaan), yang membawa maksud bahasa rentas-rasional dan tidak mempunyai maksud yang khusus (wikipedia-zaum)
Istilah ini belum pernah saya dengar sebelum ini. Saya cuba membayangkan sekiranya wujud bahasa sebegini (yakni dianggap sebagai suatu bentuk bahasa) bagaimana hendak menjelaskan maknanya kerana bahasa itu sendiri direka untuk tidak merujuk kepada makna yang khusus? Zaum dikatakan bukan menjelaskan simbol atau makna sebaliknya bahasa emosi. Ulasan ke atas karya penulisan Franco Berardi juga menarik kerana mengaitkan potensi zaum dengan aplikasi telepati dan alam maya (virtual reality).
Wikipedia. URL- https://en.wikipedia.org/wiki/Zaum. Dirujuk pada 3 Jun 2017.
Thursday, August 04, 2016
Sisipan - doa apabila ditimpa musibah
Diriwayatkan bahawa Abu Salamah r.a. telah berkata kepada isterinya, Ummu Salamah r.a.bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda (maksudnya), sebutlah 3 perkara ini ketika ditimpa musibah:
- Sebutlah 'innalillahi wa inna ilaihi raajiuun' (segalanya milik Allah SWT dan sesungguhnya kepada Allah ia kembali)
- Doa "Ya Allah kurniakanlah pahala kepada diriku atas musibah ini"
- Doa "Ya Allah kurniakanlah kepadaku sesuatu yang lebih baik"
(daripda hadits riwayat Ahmad No.15750 - hadis lengkapnya di sini -> link )
Wallahua'lam.
Thursday, February 20, 2014
Saya bangga menjadi rakyat Malaysia!
Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana mengurniakan sebuah negara yang hebat untuk didiami. Semoga kemakmuran yang ada sekarang akan bertambah baik demi masa depan generasi akan datang.
"Saya bangga menjadi rakyat Malaysia!"
Thursday, September 05, 2013
Sisipan - 13th International Conference Intelligent System Design and Applications - 8-10 Dec 2013, UPM.
Seminar Antarabangsa, Rekabentuk dan Aplikasi Sistem Cerdas
8-10 Disember 2013, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia
(Klik pemidang di bawah untuk maklumat lanjut)
Nak tolong promosi? Letakkan kod HTML di bawah dalam laman sesawang atau blog:
Pemidang:
<a href="http://www.mirlabs.net/isda13/" target="_blank"><img border="0" height="100" src="http://www.mirlabs.net/isda13/images/banner.gif" width="600" /></a>
Logo kecil:
<a href="http://www.mirlabs.net/isda13/" target="_blank"><img border="0" src="http://4.bp.blogspot.com/-ZxHvYOLWT3Q/UigPN_i6ARI/AAAAAAAAAKo/2bHexeRUJkY/s180/logo-isda.png" /></a>
.
Tuesday, August 20, 2013
Sisipan - Buku Etnosains dan Etnomatematik Alam Melayu
Sudah terbit:
Tajuk : Etnosains dan Etnomatematik Alam Melayu
Penyunting : Dr. Mat Rofa Ismail (INSPEM, UPM)
ISBN : 978-983-100-621-4
Tahun terbit : 2013
Jumlah halaman : 332
Kategori : Sejarah
Penerbit: Universiti of Malaya Press
Harga: RM64.00
Petikan sinopsis daripada laman sesawang UM Press:
p/s: Di dalamnya terdapat makalah yang saya tulis (bersama beberapa pengarang lain) :)
Tajuk : Etnosains dan Etnomatematik Alam Melayu
Penyunting : Dr. Mat Rofa Ismail (INSPEM, UPM)
ISBN : 978-983-100-621-4
Tahun terbit : 2013
Jumlah halaman : 332
Kategori : Sejarah
Penerbit: Universiti of Malaya Press
Harga: RM64.00
Petikan sinopsis daripada laman sesawang UM Press:
Apakah sumbangan orang Melayu dalam sains dan matematik? Persoalan ini dibincangkan di bawah istilah etnosains dan etnomatematik, seperti yang diterokai oleh gabungan pengarang dalam buku ini. Sumbangan etnosains dan etnomatematik di Alam Melayu berakar umbi bersama sejarah dan budaya yang membentuk acuan ilmu yang penuh dengan sistem nilai tempatan dan serantau. Apabila rantau Melayu terjajah oleh kolonialisme Barat, maka penulisan sejarah telah berubah paradigma daripada rantau yang mempunyai tamadun yang agung kepada rantau jajahan yang menjulang tinggi budaya Barat yang memisahkan ilmu daripada nilai. Ilmu tradisi umat Melayu terpinggir dalam penulisan acuan kolonialisme, kerana secara beransur-ansur penjajahan bukan sahaja berlaku terhadap fizikal dan geografi tetapi juga sejarah, pemikiran dan minda. Ilmu yang berteraskan sains dan matematik yang lahir daripada budaya Melayu-Islam seperti mantik, penghujahan, pemikiran kefalsafahan, perdebatan sufisme, pelayaran, seni perubatan, pengiraan takwim, kalendar dan musim, seni bina, retorik dan ketatabahasaan, pancalogam, persenjataan, tenunan dan warisan yang lain, semakin terpinggir dalam penulisan umat Melayu. Pendokumentasian yang dilakukan penjajah diwarnakan oleh sistem nilai mereka di bawah paradigma kolonialisme, yang lebih memetik aspek khurafat atau kelemahan berbanding pemikiran mantik yang lebih saintifik. Hingga kini, keagungan pemikiran etnosains dan etnomatematik Melayu masih tersorok dalam lipatan sejarah, Maka, menerusi tulisan beberapa tokoh ilmuwan tempatan, sebahagian aspek tersebut dihuraikan dalam buku ini, sebagai percubaan pentakrifan domain kajian dan diharapkan akan menjadi bidang yang penting dalam epistemologi etnografi Melayu pada masa akan datang.
p/s: Di dalamnya terdapat makalah yang saya tulis (bersama beberapa pengarang lain) :)
Wednesday, March 28, 2012
Mensyukuri nikmat Allah dan memanfaatkannya
Dalam kehidupan seharian kita, pelbagai nikmat yang kita terima dan rasai. Hakikatnya semuanya daripada Allah dan milik Allah S.W.T. Kita hanya menumpang, dan merasai sekelumit daripada pemberian Allah yang tak terhingga nilainya.
Justeru, wajarlah kita bersyukur dan mengucapkan tahmid (Alhamdulillah) yang sebanyak-banyaknya dengan pemberian Allah S.W.T. Nikmati pemberian tersebut (dengan menjadi insan yang lebih bertaqwa), memanfaatkannya serta jika perlu menyampaikan pula nikmat tersebut kepada orang lain (misalnya nikmat berbentuk ilmu, duit dsb.).
Jangan riak dan sombong, kerana nikmat itu bukan milik kita...
.
Justeru, wajarlah kita bersyukur dan mengucapkan tahmid (Alhamdulillah) yang sebanyak-banyaknya dengan pemberian Allah S.W.T. Nikmati pemberian tersebut (dengan menjadi insan yang lebih bertaqwa), memanfaatkannya serta jika perlu menyampaikan pula nikmat tersebut kepada orang lain (misalnya nikmat berbentuk ilmu, duit dsb.).
Jangan riak dan sombong, kerana nikmat itu bukan milik kita...
.
Friday, March 09, 2012
Kasih Ayah
Dipetik daripada sumber lain:
Bila dah jadi seorang ayah ni, barulah tahu susah-payahnya! Hargailah dan kenang jasa ayah dan ibu kita...
.
APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH...
Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari... Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
Semasa kecil, ibulah yg lebih sering mendukung kita... Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah yang selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian?
Saat kita sakit / demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau?
Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"... Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.
Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya... Maka ayahlah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.
Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah / kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah... Ayah sangat berhati-hati mengizinkannya... Dan akhirnya... Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita... ayah pun tersenyum bahagia.
Adakah kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia... Dan dia pun berdoa "Ya Allah, tugasku telah selesai dgn baik... Bahagiakanlah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"...
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk... Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita...
Bila dah jadi seorang ayah ni, barulah tahu susah-payahnya! Hargailah dan kenang jasa ayah dan ibu kita...
.
Friday, February 24, 2012
Wednesday, November 09, 2011
Kenderaan buatan Malaysia berkualiti
Baru-baru ini Proton Exora REEV menang anugerah buat kali kedua dalam pertandingan 'RAC Future Car Challenge 2011, Brighton-to-London' di United Kingdom.

Apa lagi hendak dikata. Nampaknya jurutera Malaysia (yang belajar Sains dan Matematik di sekolah rendah dalam Bahasa Melayu) dan syarikat dari Malaysia terus cemerlang menghasilkan produk dan barangan yang berkualiti.
Alhamdulillah. Syabas anak Malaysia. Syabas Proton. Malaysia Boleh.
.
"Proton won two awards – the Most Efficient Multi-Purpose Car (Prototype) and the Best Overall Extended-Range Vehicle (E-REV). Both were courtesy of the Exora REEV. The Best E-REV award was shared with the Toyota Prius Plug In Hybrid." (Paul Tan's Automotive Blog).
Apa lagi hendak dikata. Nampaknya jurutera Malaysia (yang belajar Sains dan Matematik di sekolah rendah dalam Bahasa Melayu) dan syarikat dari Malaysia terus cemerlang menghasilkan produk dan barangan yang berkualiti.
Alhamdulillah. Syabas anak Malaysia. Syabas Proton. Malaysia Boleh.
.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Sumber : PRPM DBP - Kamus Dewan Edisi Empat Muat turun - (Komp) tindakan memindahkan fail dr stesen komputer utama ke stesen komputer pe...
-
Saya ni bukanlah pakar sangat dalam penyelidikan. Tapi saya ada la sikit ilmu dan pengalaman yang boleh saya kongsikan berkaitan hal ini....






