Selamat datang. Blog ini mengandungi penulisan dan bahan rujukan berkaitan pengaturcaraan dan penyelidikan yang ingin saya kongsi dengan anda. Semoga bermanfaat. (Nota: Selain teks rumi, blog ini turut mengandungi teks jawi bahasa Melayu)
Showing posts with label pemikiran. Show all posts
Showing posts with label pemikiran. Show all posts
Monday, September 23, 2024
Sunday, February 09, 2020
'Tolong bagi saya A'
![]() |
| (sumber foto: internet) |
Di universiti pun tak kurang taksubnya. Pelajar bersungguh-sungguh merayu supaya diberi A. Kalau tidak dapat A seolah-olah tak belajar apa-apa. Bahkan, saya yakin dan pasti, sekarang ini ada yang dah menganggap masa depannya gelap kalau tak dapat A. (saya tak mahu kaitkan dengan kes pelajar bunuh diri, sebab boleh jadi itu disebabkan faktor lain)
Baguskah ada mentaliti macam ni, mengagungkan A? Sebagai pendidik, saya melihat ini satu perkembangan yang tidak baik. Bahkan dah jadi beban pula. Kadang-kadang hasil kerja pelajar yang mahukan A ini tidak capai tahap sepatutnya tapi masih minta A.
Saya tak nafikan, bersungguh-sungguh ingin mendapat gred A ada aspek positifnya. Gred A ialah yang terbaik. Maka secara tak langsung, orang yang bersungguh mahukan A menandakan orang itu mahukan kecemerlangan.
Saya bukan maksudkan yang kita tak boleh ada kesungguhan nak dapat gred A. Boleh. Bagus. Saya pun mahu. Bahkan dengan ada matlamat ini boleh dorong seseorang jadi rajin. Dan saya sama sekali tak suruh dapat F. Tapi janganlah taksub, sampai gred A itu dijadikan matlamat mutlak ataupun penanda aras mutlak kecemerlangan.
Secara falsafahnya, saya melihat mentaliti 'mendewakan A' ini hanya akan membentuk masyarakat yang materialistik. Kalau dulu materialistik hanya terhad pada wang atau harta. Tapi sekarang A pun dianggap suatu status kemuliaan (kebijaksanaan)! Kesannya ialah, golongan yang tidak dapat A pula akan dianggap lemah, tidak bijak dsb. Ini yang kita tak nak.
Jika anda ada mentaliti "A = kejayaan, kejayaan = A", anda silap. Kita belajar atau dapatkan ilmu ialah supaya kita dapat menilai serta membezakan benda yang baik dengan yang buruk. Kalau dalam Islam, ilmu membimbing akal untuk mengawal nafsu.
Dalam sesuatu konteks ilmu, jika seseorang itu masih gagal membezakan baik dengan buruk, maka itu tandanya dia belum dapat mengaplikasi ilmunya. Itupun jika dia faham apa yang dipelajarinya (hakikatnya kemampuan menilai itulah yang menunjukkan dia faham atau tidak). Tidak ada guna dapat gred A, tapi masih tak mampu menilai antara baik dengan buruk.
Gred A itu hanya gambaran tahap kemampuan. Bahkan kita sebenarnya tak perlu kecewa jika tak dapat gred A pun, kalau pada masa yang sama kita sudah ada keupayaan menilai itu. Berbanggalah.
Satu perkara lagi yang harus difahami, hasil pembelajaran tak terhad pada konteks ilmu itu saja. Misalnya kita belajar sains komputer, tak bermakna kita wajib mahir sains komputer. Ilmu yang Allah SWT jadikan itu sangat luas. Apa yang kita dapat fahami sepanjang kita belajar sains komputer itu juga suatu ilmu. Apatah lagi kalau dapat aplikasikan.
Sebagai contoh, kemahiran insaniah dan sikap seperti rajin dan belajar bersungguh-sungguh juga suatu hasil pembelajaran. Ada masanya juga, waktu kita belajar tentang sains komputer terselit fakta dan ilmu berkenaan matematik, bahasa, logik dsb. Ini juga suatu hasil pembelajaran. Cuma berbanding sains komputer, ilmu dan kemahiran 'sampingan' itu tidak melalui proses penilaian (tidak ada grednya). Maka, kalau kita dapat yang 'sampingan' itu, berbanggalah.
Saya berharap anda di luar sana, janganlah terlalu 'mendewakan A'. Bagus jika ingin mencapai kecemerlangan dan tunjukkannya dengan jumlah A yang kita dapat. Tetapi jangan sampai taksub sangat. Dapat A itu rezeki. Ada masa dapat, ada masa tak dapat. Berbanggalah dengan apa yang kita capai setelah berusaha, dan bersyukurlah.
Lepas ini kalau ada yang merayu pada saya supaya dia diberi A, saya beri F+.
(Isu ini mungkin dah basi. Tapi sebab ia masih berlaku maka saya mahu beri pandangan saya. Saya juga tak setuju kalau kita jadikan tugas mendidik untuk menghukum - baca di sini )
* kredit foto: VectorStock.com
Saturday, June 03, 2017
Universiti - tempat mendidik atau menghukum?
Hukuman tembak ke atas pesalah jenayah. Jangan jadikan universiti sebagai tempat menghukum pelajar
(Sumber foto : internet)
(Sumber foto : internet)
Amnya apabila seseorang mendaftar ke universiti yang merupakan sebuah institusi pendidikan, sekurang-kurangnya seseorang itu perlu ada matlamat untuk menimba ilmu berkaitan bidang yang diminati atau ingin diceburi. Misalnya kalau seseorang mendaftar ke dalam bidang pengajian sains komputer, antara kemahiran yang ingin (perlu) dipelajari ialah kemahiran pengaturcaraan komputer. Maka apabila tamat pengajiannya selepas 3-4 tahun, pelajar tersebut sepatutnya sudah mahir atau tahu tentang cara mengaturcara komputer. Justeru apabila seseorang belajar di universiti maka dia sepatutnya ada niat dan matlamat ingin jadi orang yang mahir atau pandai dalam bidang yang diceburinya.
Apakah cara menentukan sama ada seseorang itu sudah mahir atau pandai? Untuk menilai hal ini, maka perlu dilakukan proses penilaian. Apakah matlamat proses penilaian? Penilaian bermatlamat untuk menilai sama ada pelajar tersebut sudah mencapai tahap yang sepatutnya ataupun belum. Sekiranya pelajar BERJAYA melepasi tahap minimum, pelajar ini dianggap SUDAH mahir dalam topik yang dipelajarinya. Jika GAGAL melepasi tahap minimum pelajar ini dianggap BELUM mencapai tahap mahir, justeru dia perlu mengulang semula proses pembelajaran dan ujian sehinggalah dia berjaya mencapai atau melepasi tahap minimum yang ditetapkan. Jika pelajar masih gagal dan tidak sanggup meneruskan (mengulang) pengajiannya, maka dia boleh berhenti dan mencuba di tempat lain.
Sebagai sebuah institusi pendidikan, universiti perlu melaksanakan proses pembelajaran dan penilaian untuk memastikan setiap individu yang belajar di universiti ini mahir dalam bidang yang dipelajari. Universiti seharusnya memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk menjadi seorang individu yang mahir dan pandai apabila bergraduat kelak. Maka dengan cara ini tercapailah matlamat individu tersebut datang dan belajar di universiti iaitu untuk menjadi mahir dan pandai. Universiti seharusnya menjadi tempat untuk belajar sesuatu, dan tidak sepatutnya menjadi institusi untuk menghukum orang. Jika tidak, ibaratnya universiti sama seperti institusi pemulihan dan penjara.
Bagaimana yang dikatakan universiti itu boleh menjadi tempat menghukum?
Pertamanya dalam konteks pembelajaran. Manusia ada pelbagai sifat dan tahap kemahiran. Ada sesetengah orang yang cepat mempelajari sesuatu. Ada sesetengahnya pula lambat atau perlu melalui proses ulangan (mungkin banyak kali) sebelum faham sesuatu. Tidak dinafikan, pasti akan ada individu yang menghadapi masalah untuk mempelajari sesuatu dan mungkin tidak mampu langsung memahami apa yang dipelajari. Justeru sebagai sebuah institusi pembelajaran, proses pembelajaran di universiti perlu mengambilkira perbezaan kemampuan penguasaan pelajar. Suasana pembelajaran yang fleksibel perlu diberikan supaya pelajar boleh memilih proses pembelajaran yang sesuai dengan tahap penguasaan masing-masing.
Malangnya dalam konteks ini, ada sesetengah universiti yang memaksa pelajar melalui satu bentuk proses pembelajaran saja. Proses pembelajaran yang rigid dan tidak fleksibel ini memaksa pelajar menerima apa saja yang diberikan. Kemudian pengajar pula tidak menawarkan bantuan perbincangan dan sebagainya. Ini bukan saja satu bentuk kongkongan kepada kebebasan pelajar untuk memilih bahkan tidak menjamin pelajar akan dapat memahami apa yang dipelajari. Ini sekaligus meningkatkan risiko stress dan tekanan kepada emosi pelajar, dan seterusnya meningkatkan lagi halangan kepada pelajar untuk belajar. Jadi kalau pelajar rasa susah, tidak seronok dan menderita untuk belajar, bukankah ini sudah jadi satu bentuk hukuman?
Keduanya ialah dalam konteks penilaian. Ujian penilaian dan peperiksaan digunakan sebagai satu cara menilai tahap penguasaan pelajar pada satu-satu masa. Misalnya di hujung semester, pelajar akan dinilai dengan peperiksaan akhir untuk menentukan pelajar sudah mahir dalam ilmu yang diajar dalam suatu kursus bagi semester tersebut. Ujian penilaian ini menggunakan kaedah penilaian tertentu, amnya menggunakan soalan yang digubal oleh pengajar dan perlu dijawab oleh pelajar dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Di sini dapat dilihat terdapat pelbagai faktor kekangan dan had bagi ujian penilaian. Antaranya faktor bentuk soalan, iaitu bentuk soalan itu belum tentu benar-benar mencapai piawaian. Ada soalan-soalan yang digunakan sukar difahami oleh pelajar, mengandungi kesilapan yang terlepas pandang sewaktu semakan, tidak mencapai tahap sepatutnya, dsb. Ada pengajar yang tidak mempunyai pengalaman dan belum mampu untuk membentuk soalan penilaian yang tepat.
Masa menjawab soalan pula perlu sesuai dengan proses menjawab. Ada soalan yang perlu dibaca dengan teliti untuk difahami. Kemudian memerlukan masa untuk menulis jawabannya. Kalau pelajar boleh cepat faham soalan, maka banyaklah masa untuk menulis jawaban. Tetapi kalau masa yang panjang diperlukan untuk memahami soalan, maka sudah kurang masa yang ada untuk menulis jawaban. Proses menjawab soalan, jika berdasarkan model oleh Ayesha Ahmed dan Politt (1999) perlu melalui 6 peringkat - (0) pengetahuan mata pelajaran, (1) kefahaman soalan, (2) mencari pengetahuan mata pelajaran, (3) memadankan perwakilan soalan dengan pengetahuan mata pelajaran, (4) menjana jawapan, dan yang terakhir (5) menulis jawapan. Jika berdasarkan model ini, ada 6 peringkat yang perlu diselesaikan untuk menulis jawaban bagi setiap soalan dalam ujian penilaian! [*1]

Bahkan lebih mendukacitakan lagi sistem penilaian kita pula menggunakan gred - A, B, C, D, F (kenapa tiada E?). Jika A, pelajar dikategorikan cemerlang, B = pencapaian baik, C = memuaskan, D = lulus. F pula gagal. Beza antara D dan F mungkin jelas. Lulus atau gagal. Namun persoalan yang perlu ditanyakan, apakah perbezaan kemahiran antara pelajar yang mencapai A dengan B? Bagaimana pula beza C dengan D? Adakah perbezaan ini relevan? Adakah soalan-soalan penilaian kita itu benar-benar dapat mengkelaskan pelajar ke dalam kategori cemerlang, pencapaian baik, memuaskan dan sekadar lulus? Tetapi budaya masyarakat kita akan melihat A itu ialah satu-satunya pencapaian yang LULUS. Jika tak dapat A, tetap dianggap gagal. Bukankah ini satu hukuman? Dan lebih malang jika hukuman itu tidak setimpal dengan kesilapan yang dibuat (cth. tidak sempat menulis jawaban kerana masa singkat).
Jika diambil kira bahawa proses penilaian itu sendiri dipengaruhi oleh pelbagai faktor luaran selain penguasaan pelajar terhadap topik, maka adalah tidak wajar sekiranya penilaian penguasaan pelajar hanya dibuat berdasarkan keputusan proses penilaian semata-mata. Namun itulah yang sedang berlaku dalam universiti pada hari ini.
Justeru kita perlu pastikan bahawa proses pembelajaran dan penilaian itu tidak menjadikan universiti sebagai tempat menghukum dengan mengelakkan menjatuhkan hukuman yang tidak adil kepada pelajar. Sebaliknya 2 proses tersebut seharusnya dijadikan saluran untuk membentuk pelajar supaya sentiasa bersemangat untuk menimba ilmu dan memanfaatkan potensi yang diri sebaik mungkin agar pelajar dapat membentuk pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan atau diingininya.
Dalam perbincangan di atas, saya hanya fokus di universiti kerana saya juga terlibat (dan tak mustahil turut menyumbang kepada masalahnya, muhasabah...). Namun saya yakin hal ini boleh berlaku di institusi pendidikan lain termasuk di peringkat prasekolah dan sekolah. Misalnya Foo Lay Kuan, et al. (2015) turut menyenaraikan masalah berkaitan menjawab peperiksaan yang dihadapi di peringkat sekolah menengah. Justeru eloklah kalau dapat direnungkan bersama agar kita tak tersalah menghukum.
Jika diambil kira bahawa proses penilaian itu sendiri dipengaruhi oleh pelbagai faktor luaran selain penguasaan pelajar terhadap topik, maka adalah tidak wajar sekiranya penilaian penguasaan pelajar hanya dibuat berdasarkan keputusan proses penilaian semata-mata. Namun itulah yang sedang berlaku dalam universiti pada hari ini.
Dalam perbincangan di atas, saya hanya fokus di universiti kerana saya juga terlibat (dan tak mustahil turut menyumbang kepada masalahnya, muhasabah...). Namun saya yakin hal ini boleh berlaku di institusi pendidikan lain termasuk di peringkat prasekolah dan sekolah. Misalnya Foo Lay Kuan, et al. (2015) turut menyenaraikan masalah berkaitan menjawab peperiksaan yang dihadapi di peringkat sekolah menengah. Justeru eloklah kalau dapat direnungkan bersama agar kita tak tersalah menghukum.
----
Nota kaki:
[*1] Model ini juga digunakan untuk menilai tahap kesukaran murid menjawab soalan ujian literasi sains sekolah menengah. Rujuk Foo Lay Kuan, et al. (2015).
Rujukan:
Ayesha Ahmed & Politt A. (1999) Curriculum demands and question difficulty. Paper presented at the International Association for Educational Assessment, Bled, Slovania.
Foo Lay Kuan, S. Balasubramaniam, Chin Phoi Ching, Yeoh Poh Choo, Parvinder Singh Amar Singh (2015) Kesukaran murid menjawab soalan ujian literasi sains sekolah menengah. IPG Kampus P. Pinang, Penang.
Thursday, April 17, 2014
Isu Kritikan Terbuka dan Peranan Ilmuan dalam masyarakat
Saya mendapat idea untuk menulis hal ini ketika timbul isu apabila seorang ilmuan agama dikritik secara terbuka berhubung kandungan dan kesahihan 'ilmu' yang disampaikannya.
Isu ini bermula apabila seorang selebriti menyampaikan video yang dikongsi oleh seseorang ke laman sosialnya. Dalam video itu, memetik ceramah dan mengkritik seorang ilmuan. Lalu selebriti terbabit mengkritik pula ilmuan terbabit (dan seakan mengiyakan apa yang disampaikan oleh video itu). Seperti yang lazim berlaku, selebriti terbabit dikritik pula oleh orang ramai, khususnya peminat ilmuan itu, dan mempertikaikan tindakannya. Dikatakan video itu dibuat dengan tujuan fitnah, dan sepatutnya selebriti terbabit merujuk secara tertutup kepada ilmuan yang dikritiknya.
Banyak pertikaian yang timbul. Tapi saya lebih tertarik untuk mengulas tentang perkara berikut:
- wajarkah ilmuan terbabit dikritik sedemikian rupa?
- apakah tindakan susulan yang wajar dibuat oleh ilmuan terbabit?
Amnya video tersebut tidak menamakan pembuatnya. Sebaliknya dengan nama samaran, pembuatnya hanya menyatakan 'kesilapan' ilmuan itu, dan menyatakan bukti-bukti (yang kurang kukuh) berkenaan kritikannya dalam video itu. Pada saya, siapa pembuat video itu tidaklah releven sangat, kerana saya melihat apa yang dikritiknya itu jelas menimbulkan persoalan dan saya sendiri antara setuju dengan tidak setuju terhadap kritikan yang dilontarkan. Jadi saya berpendapat, tindakan pembuat video dan selebriti berkenaan menyampaikan video itu sambil melontarkan persoalan dan kritikan sangatlah berasas.
Walaupun ada orang berpendapat pembuat video itu mempamerkan sifat orang yang 'suka menabur fitnah', tapi sekiranya persoalan itu berasas, ia tetap harus dijawab, tanpa mengira siapa yang menimbulkannya. Lainlah persoalan itu benar-benar mengarut dan tak masuk akal. Kalau diselidik pun hanya membuang masa.
Tetapi wajarkah kritikan selebriti itu dibuat secara terbuka (dipos ke laman sosial)? Saya berpendapat tidak ada salahnya, bahkan lebih baik demikian kerana ilmuan yang diperkatakan sering mengadakan ceramah agama terhadap orang ramai. Persoalan 'aib' tidak sepatutnya timbul, kerana perbincangan terbuka akan menjelaskan persoalan-persoalan yang timbul dan dapat diikuti oleh orang ramai. Apatah lagi persoalan yang dibangkitkan dipetik daripada ceramah yang telah disampaikan kepada umum. Maka sebarang kesilapan atau kekeliruan boleh terus dijelaskan.
Sebagai tindakan susulan, ilmuan itu telah mengeluarkan video sebagai jawapan kepada kritikan terhadapnya. Namun saya agak kesal kerana ilmuan itu tidak menjawab kandungan ceramah yang dipersoalkan. Sebaliknya 'jawapannya' mempersoalkan pula tindakan selebriti itu 'mempercayai' video itu tetapi pada masa sama mempersoal pula kredibilitinya (ilmuan itu). Lebih menarik lagi, (untuk menjawab salah satu persoalan yang dibangkitkan oleh video itu), ilmuan terbabit mengatakan bahawa sumber rujukannya ialah ulama lain.
Saya agak kesal dengan 'jawapan' yang diberikan. Sebagai 'ilmuan' seharusnya beliau menjawab persoalan yang dibangkitkan, bukan mencari salah orang lain atau meletakkan kesalahan pada orang lain pula. Mengatakan hal yang salah hanya 'dirujuk daripada orang lain' ibarat meletakkan kesalahan itu pada orang yang menyampaikan, pada masa sama ilmuan itu berlepas tangan daripada kritikan terhadapnya.
Walaupun demikian saya tertarik mengulas jawapan tersebut. Antara 'jawapan' yang menarik yang diberikan utk menjawab isu 'rujukannya' ialah dia 'merujuk daripada orang lain'.
Ilmuan ini dianggap orang yang arif dalam bidang agama. Jadi bagaimana, seorang ilmuan, boleh hanya menyampaikan perkara yang didengarnya tanpa menganalisa dan menyelidik hal tersebut? Inilah antara peranan ilmuan, iaitu dengan menggunakan kepakaran yang dimiliki, ilmuan perlu memperbaiki ilmu-ilmu sedia ada (termasuk ilmu yang diterima dari orang lain). Ilmuan itu perlu menentukan kesahihan, kredibiliti, atau memperbaik kesilapan yang wujud. Masyarakat mengharapkan ilmuan untuk menapis ilmu-ilmu sebelum menyampaikannya kepada masyarakat. Jika tidak, tidak ada gunanya dia dipanggil 'ilmuan' jika hanya menyampaikan semula apa saja ilmu yang diterima atau didengar (tanpa menilai salah atau betul). Kalau begini, orang yang tidak ada ilmu pun boleh melakukannya.
Di sinilah kita dapat melihat kepentingan seorang ilmuan. Selain menambahkan ilmu-ilmu baharu dengan mengkaji dan mengajarkannya, ilmuan perlu menggunakan kepakarannya untuk memperbaiki ilmu sedia ada. Ini kerana kesahihan suatu ilmu adakalanya bersifat temporal, iaitu sementara. Banyak faktor berlakunya sifat temporal pada ilmu. Antaranya kerana kurang bukti/maklumat pada masa ilmu itu disebarkan, penemuan ilmu baharu yang dapat menyokong penilaian semula, atau ilmu itu memang sudah tidak releven kerana perubahan waktu dan persekitaran. Jadi ilmuan berperanan melakukan penapisan, bagi memastikan masyarakat hanya menerima ilmu-ilmu yang sahih, dan boleh dimanfaatkan.
Ketika saya menulis, isu ini masih belum berkesudahan. Namun dalam menangani hal ini, semua pihak seharusnya bersikap terbuka tanpa tuduh-menuduh, memaki hamun dan sebagainya yang akhirnya akan mewujudkan permusuhan. Seharusnya perbincangan dibuat secara ilmiah. Orang yang dikritik perlu menjawab persoalan yang dilontarkan (bukan menyalahkan atau menepis semata-mata) manakala orang yang mengkritik itu seharusnya bertanya dan mengkritik dengan berhemah, bukan dengan niat memperkecil, mengaib atau merendahkan orang yang dikritiknya. Jika ada pihak tersalah, mengaku saja, minta maaf dan perbetulkan kesalahan itu. Jika tidak berlaku kesalahan pun, sekurang-kurangnya dapat menambahkan lagi ilmu melalui penerangan dan perbincangan yang diberikan.

Thursday, February 20, 2014
Bertindak secara rasional dan bukan dengan emosi.
Bukan semua perkara harus dinilai dengan sekali pandang saja. Sebaliknya penilaian kita terhadap sesuatu perkara hendaklah bergantung kepada konteks penilaian yang hendak dibuat. Apa yang saya lihat, ramai dalam kalangan masyarakat yang melihat suatu perkara yang nyata sebagai suatu yang mutlak, dan meletakkan penilaian mereka terhadap perkara tersebut berdasarkan apa yang mereka tanggap atau lihat. Ini merupakan suatu pendekatan yang simplistik atau ambil mudah.
Pendekatan simplistik sememangnya ada kegunaan dalam kehidupan seharian. Sebagai seorang manusia, penilaian simplistik membolehkan kita menyesuaikan diri dan dapat bertahan dengan cabaran-cabaran tertentu dalam hidup. Hal ini terutamanya yang melibatkan perkara-perkara yang kritikal dan memerlukan tindakan segera. Misalnya apabila kita hampir terjatuh ke dalam longkang, mungkin tindakan refleks adalah yang terbaik. Tetapi pemikiran simplistik juga dapat membantu kita mencari alternatif tetapi tidak memudaratkan kita disebabkan mengambil masa yang lama untuk mencari kaedah menyelamatkan diri daripada terjatuh ke dalam longkang.
Situasi lain yang memerlukan pemikiran simplistik ialah apabila kita hendak membuat keputusan yang perlu dibuat segera, misalnya apabila kita membuat suatu projek, matlamatnya ialah siap (pada masa yang sama terbaik, jika boleh). Tetapi jika kita tidak cuba membuat keputusan yang simplistik (selalunya yang realistik dan praktikal), sebaliknya berusaha bermati-matian mencari pendekatan yang idealistik, akhirnya projek itu tidak akan siap. Mungkin ada penyelesaian yang ideal terhadap suatu perkara, tapi selalunya pendekatan yang simplistiklah yang lebih berkesan kerana tindakan dapat diambil dalam tempoh yang singkat. Maka penilaian simplistik mempercepatkan pembuatan keputusan.
Namun, bukan semua perkara boleh dibuat secara penilaian simplistik saja. Ada masanya kita perlu mengambil pendekatan yang rasional, iaitu bersebab dan logik, dan penilaian yang mendalam/kompleks. Antaranya ialah menilai sesuatu berdasarkan konteks persekitarannya. Walaupun penilaian juga berkait rapat dengan persepsi, faktor ini kita abaikan supaya lebih mudah dibincang dan difahami. Ada masanya persepsi menjadikan suatu yang tidak benar itu benar. Tetapi dalam perbincangan ini, kita andaikan ada dua atau lebih keadaan yang benar.
Dalam gambar ini, yang benar ialah garis-garis melintang yang lurus, tetapi persepsi mendorong kita untuk melihat garis-garis yang condong dan bengkang-bengkok!
Misalnya, seorang pemimpin parti politik yang dipilih rakyat, dan menjadi pemimpin negara, adalah orang yang sama tetapi boleh dinilai dalam dua konteks yang berbeza. Semasa pilihanraya (dan mungkin juga dalam apa jua hal yang bertujuan untuk kepentingan parti), beliau akan berperanan sebagai pemimpin partinya.
Tetapi apabila dilantik sebagai Perdana Menteri dan beliau bertugas untuk kepentingan negara, maka beliau tidak harus dinilai sebagai pemimpin parti (walaupun hakikatnya beliau ialah pemimpin parti). Ini kerana konteks beliau sebagai Perdana Menteri yang memainkan peranan untuk negara, maka beliau harus dinilai sebagai orang yang memberi kepentingan kepada rakyat dan negara. Maka walaupun kita tidak bersetuju dengan beliau sebagai pemimpin parti (bahkan ada yang benci kepada beliau kerana bencikan parti politiknya), tetapi dalam konteks semangat patriotik dan cintakan negara, semua rakyat harus menyokong sebarang tindakannya dalam konteks Perdana Menteri yang memberi kebaikan kepada negara.
Adakah ini imej wanita cantik, atau wanita tua? Konteks mungkin menjadikan kedua-duanya adalah benar. Itu sebabnya konteks penting diambilkira supaya tidak terlepas pandang hal yang benar!
Walaupun penilaian simplistik itu perlu, tetapi ada masanya tidak boleh digunakan sebaliknya perlu kepada penilaian yang lebih mendalam. Malangnya ada sesetengah pihak yang kadangkala terlalu taksub dengan ideologi dan fahaman tertentu, dan mungkin emosinya saja, mengambil pendekatan simplistik tanpa mengira situasi, konteks, mahupun rasionaliti. Pendekatan beremosi (simplistik, tanpa mengira konteks) selalunya akan lebih merugikan diri berbanding memberi keuntungan. Oleh yang demikian, dalam apa jua penilaian dan tindakan kita, mestilah rasional dengan mempertimbangkan konteks penilaian kita.
Sebagai rumusan penulisan ini, pendekatan simplistik sememangnya perlu dalam keadaan tertentu. Tetapi bukan semua keadaan. Ada masanya kita perlu membuat penilaian secara mendalam tanpa membiarkan emosi mengatasi rasionaliti. Nilailah sesuatu berdasarkan konteks, bukannya secara mudah dan membuta-tuli, kerana keputusan sedemikian mungkin hanya akan merugikan, bahkan memudaratkan diri sendiri.
Kredit: Semua imej dicuplik daripada sumber internet.
.
Monday, May 16, 2011
Semua orang boleh menjadi penyelidik!
Kemajuan teknologi dan keperluan manusia yang semakin kompleks menuntut setiap orang menguasai pelbagai kemahiran dan pengetahuan. Hal ini bagi membolehkan kita mengurus dan memenuhi segala macam keperluan hidup. Umpamanya kemahiran-kemahiran tentang teknologi dan peralatan seperti selok-belok kenderaan, alat pertukangan, peralatan di rumah dan pejabat, alat berkebun dan sebagainya. Semua ini merupakan antara kemahiran-kemahiran asas yang perlu diketahui dan dikuasai. Itu belum dicampur dengan kemahiran bersukan, bantuan kecemasan, aktiviti masa lapang atau kegemaran, dan sebagainya. Justeru kehidupan masa kini sebenarnya tidak dapat lari daripada keperluan menguasai pelbagai kemahiran.
Bidang penyelidikan juga ialah salah satu tanggungjawab dalam hidup manusia. Mengapa? Aktiviti penyelidikan sebenarnya bukan terhad untuk saintis atau penyelidik (tugas rasmi). Malah untuk menjadi masyarakat maju, sebahagian besar anggota masyarakat perlu mempunyai minat untuk menyelidik. Tidak semestinya kita perlu bekerja sebagai penyelidik. Antara ciri-ciri penyelidik ialah kreatif, inovatif, suka meneroka dan mereka cipta, serta berfikiran kritikal. Maka dengan memiliki dan mengamalkan ciri-ciri ini, walaupun kita seorang posmen atau suri rumah, kita sebenarnya layak digelar 'penyelidik'. Bahkan wartawan dan 'mami jarum' juga penyelidik kerana sentiasa meneroka dan mencari bahan berita terbaru!
Penyelidikan penting kerana melalui aktiviti ini dapat menghasilkan ilmu pengetahuan baharu yang mungkin penting untuk kegunaan masyarakat. Selain itu penyelidikan juga penting dalam penghasilan teknologi yang memenuhi keperluan hidup kita yang semakin kompleks. Melalui penghasilan ilmu dan teknologi juga akan membantu kita meneroka bidang-bidang baharu. Oleh itu adalah amat bagus jika ramai anggota masyarakat minat dan mahir melakukan penyelidikan. Keperluan ini nyata semakin kritikal memandangkan hanya tinggal 9 tahun sebelum kita menjengah tahun 2020. Pada masa itu Malaysia sepatutnya sudah layak bergelar negara maju (jika mengikut matlamat Wawasan 2020).
Bidang penyelidikan hari ini sungguh kompleks. Namun untuk melakukannya sebenarnya tidak sukar. Kita semua sebenarnya mampu menjadi 'penyelidik', iaitu dengan mengamalkan ciri yang disebutkan. Ramai kalangan kita yang ada pelbagai kemahiran. Kemahiran-kemahiran yang sukar seperti membaiki enjin kereta, mengusahakan tanah ladang yang luas berekar-ekar, memasak masakan yang lazat itupun ramai yang boleh buat. Bahkan 'merempit', menghasilkan pil 'kuda' pun ramai yang menguasainya. Kenapa tidak digunakan kebolehan itu untuk yang positif dan memberi faedah lebih besar kepada masyarakat?
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Sumber : PRPM DBP - Kamus Dewan Edisi Empat Muat turun - (Komp) tindakan memindahkan fail dr stesen komputer utama ke stesen komputer pe...
-
Saya ni bukanlah pakar sangat dalam penyelidikan. Tapi saya ada la sikit ilmu dan pengalaman yang boleh saya kongsikan berkaitan hal ini....