Selamat datang. Blog ini mengandungi penulisan dan bahan rujukan berkaitan pengaturcaraan dan penyelidikan yang ingin saya kongsi dengan anda. Semoga bermanfaat. (Nota: Selain teks rumi, blog ini turut mengandungi teks jawi bahasa Melayu)
Friday, February 24, 2012
Monday, February 20, 2012
Menjadi cikgu sepenuh masa
Selamat datang kepada pelajar baharu UPM sem 2 2011/2012 (Panduan am untuk pelajar baharu di universiti).
Semester ini saya diberikan tugas mengajar dua kumpulan subjek yang sama, SSK3000 K1 dan SSK3000 K2. Sejak diterima masuk sebagai tutor di UPM pada 2005, inilah kali pertama saya mengajar subjek saya sendiri. Sebelum ini, saya hanya mengambil alih kelas pensyarah lain kala mereka sibuk dengan hal dan urusan lain. Tapi tak tahulah kalau akan datang ditukarkan pula untuk subjek lain atau diberikan kepada pensyarah lain.
Jadi sekarang saya akan menjadi cikgu sepenuh masa, dan bukan cikgu sambilan atau sandaran lagi. Macam mana hasilnya agaknya? Tunggu dan lihat sajalah!
Namun sukalah untuk saya mengingatkan mahasiswa/i di luar sana supaya tidak terpengaruh dengan suasana politik yang sedang hangat sekarang. Jangan kita sibuk hendak memperjuangkan 'hak kebebasan akademik' hinggakan akademik kita sendiri entah ke mana. Bukan apa, sebagai mahasiswa/i peluang belajar di universiti itu ada tujuan dan matlamatnya. Selain membalas dan memanfaatkan peluang yang diberikan, kita juga memegang amanah untuk mengisi golongan intelektual dan cerdik pandai di kalangan masyarakat. Berusahalah untuk mencapai prestasi yang cemerlang, supaya ibu dan ayah kita nanti dapat tersenyum bangga semasa majlis konvokesyen kerana anak mereka dikurniakan ijazah kelas pertama!
p/s: Cikgu macam saya cuma boleh mendoakan kejayaan pelajarnya dan tumpang gembira...
.

Tuesday, January 17, 2012
Awas pengatur cara - kesilapan boleh bawa maut!
Kes ini tidak sampai membawa maut. Nyaris :)
Sumber: http://news.yahoo.com/man-stable-condition-44-million-hospital-bill-075830021--abc-news.html
Komen:
Inilah padahnya kalau pengatur cara tidak berhati-hati (kadang-kadang walau berhati-hati pun boleh terjadi juga). Mungkin juga silap perisian atau perkakasan. Hakikatnya sistem komputer sangat fragile (rapuh). Jadi janganlah harapkan komputer untuk buat semua perkara!

Man in Stable Condition After $44 Million Hospital Bill
ABC News' Ben Waldron reports:
A Bronx man says he nearly had an asthma attack after opening his mail to find a $44 million medical bill from a local hospital.
Unemployed doorman Alexis Rodriguez, 28, received the astronomical bill after receiving successful treatment for pneumonia at Bronx-Lebanon Hospital last week, The New York Daily News reports.
"I almost had an asthma attack," said Rodriguez, who apparently is not the only patient to receive an outsized bill. The firm responsible for the botched billing, PHY Services, was reportedly inundated with complaints and has since apologized.
"If you are calling with respect the billing statement for services provided at Bronx-Lebanon Hospital, please disregard the statement," said a recording for concerned callers, "you will be receiving a new statement shortly."
PHY is blaming the mistake on a "system error" that resulted in the bill's invoice number being mistakenly placed in the "amount due" field.
As for Rodriguez, he owes no more than $300 for outpatient services.
Komen:
Inilah padahnya kalau pengatur cara tidak berhati-hati (kadang-kadang walau berhati-hati pun boleh terjadi juga). Mungkin juga silap perisian atau perkakasan. Hakikatnya sistem komputer sangat fragile (rapuh). Jadi janganlah harapkan komputer untuk buat semua perkara!
.
Monday, January 09, 2012
Baucer buku 1M - Layak ke saya dapat?
Dalam pembentangan Belanjawan 2012 pada tahun lepas, diumumkan bahawa kerajaan akan memberikan beberapa bentuk 'insentif' kepada rakyat. Selain pemberian bonus, kerajaan turut memberikan bantuan kewangan BR1M RM500 kepada rakyat yang berpendapatan RM3000 ke bawah, bantuan persekolahan RM100, dan baucer buku 1M bernilai RM200 untuk pelajar institusi pengajian tinggi dan sekolah menengah (atas). Oleh kerana sekarang saya masih menjalani pengajian PhD dan bergelar pelajar, maka saya layak mendapat baucer tersebut.
Tapi, saya seorang tutor (cuti bergaji). Layakkah saya ambil baucer tersebut? Walau berkemampuan sekalipun, sebenarnya tidak salah kalau 'pelajar bergaji' seperti saya mengambil peluang tersebut. Sebabnya baucer ini bukanlah duit zakat yang dikhaskan untuk golongan tertentu (asnaf) yang layak saja. Sebaliknya baucer ini diberikan kepada semua pelajar IPTA (asalkan pelajar).
Selain melihat keuntungannya kepada saya sendiri (buku percuma!), saya melihat kesan positifnya dalam konteks ekonomi dan perkembangan bidang ilmu di Malaysia. Pada pandangan saya, baucer ini tidak harus dilihat sebagai 'rasuah politik' (maklumlah Pilihanraya Umum 13 dah dekat) ataupun bantuan untuk pelajar miskin mendapatkan buku rujukan semata-mata!
Jika diteliti, ada beberapa kesan positif yang akan/boleh berlaku melalui pemberian baucer buku ini. Kesan tersebut ialah dalam konteks pembangunan ekonomi, khususnya dalam bidang pendidikan dan penerbitan bahan-bahan berilmiah di Malaysia.
Bantuan ini diberikan dalam bentuk baucer buku. Ianya tidak boleh ditukar kepada wang tunai. Maka ianya berkemungkinan besar akan digunakan untuk membeli buku (selain alat tulis). Baucer ini tidak boleh digunakan untuk membeli selain daripada itu.
Apapun, terima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah melaksanakan suatu keputusan yang sangat besar impaknya kepada rakyat. Pada saya, baucer ini lebih kepada suatu suntikan modal dan 'tenaga' kepada perkembangan ekonomi dan pendidikan, khususnya yang berkaitan dengan industri buku dan perkembangan ilmu. Satu lagi langkah bijak selepas kerajaan memansuhkan PPSMI dan menggalakkan penulisan ilmiah dalam bahasa Melayu di kalangan ahli akademik!
Jadi, kepada sesiapa yang dapat peluang baucer RM200 ini, gunakanlah sepenuhnya peluang yang ada. Siapa tak mahu ambil tu, terpulanglah. Menyesal nanti!

- Dengan demikian, maka kebaikan yang pertama ialah potensi kedai-kedai buku untuk mendapat lebih keuntungan akan bertambah! Dengan pemberian ini, pelajar-pelajar akan berpusu-pusu ke kedai buku. Misalnya saya terus membelanjakan RM150 selepas sehari menerima baucer tersebut. RM150! Biasanya saya tidak berbelanja sebesar itu untuk membeli buku (kecuali ada wang lebih). Bukan tidak teringin. Tetapi saya ada keperluan lain yang perlu dipenuhi. Jadi baucer ini hendak tak hendak terpaksa digunakan untuk membeli buku. Maka saya belilah buku-buku yang saya minati tanpa fikir panjang. Jadi, kebaikan baucer ini jelas telah menguntungkan pemilik dan pengusaha kedai buku.
- Kedua, dengan peningkatan jumlah jualan buku juga membolehkan penerbit buku mendapat keuntungan. Buku-buku terbitan mereka berpeluang laku di pasaran. Ini akan menggalakkan mereka bertahan dengan menerbitkan lebih banyak buku-buku di pasaran tempatan. Tidak kiralah sama ada penerbit dalam mahupun luar negara. Jika ada permintaan, maka akan lebih banyaklah penawaran. Jadi pasaran buku di Malaysia akan lebih meriah! Maka industri penerbitan buku akan berkembang.
- Ketiga, peningkatan jumlah penjualan buku di Malaysia akan menjadi 'insentif' kepada semua yang terlibat dengan industri penerbitan buku di Malaysia. Penjual, penerbit, pencetak, pembekal dan sebagainya. Peluang keuntungan daripada penggunaan baucer akan menjadi suatu galakan kepada mereka yang terlibat dengan industri berkaitan buku. Maka akan menarik minat lebih ramai pengusaha menceburi bidang ini dan memastikan industri ini terus bertahan atau berkembang.
- Keempat, jumlah pembaca (atau setidaknya pembeli) buku akan bertambah. Maka wujud potensi terhadap peningkatan jumlah pembaca buku sekaligus golongan rakyat yang celik ilmu di Malaysia. Ini perkembangan yang baik, apatah lagi baucer ini diberi kepada pelajar institusi pengajian tinggi dan bakal penuntut IPT. Pengalaman saya, selain buku-buku saya sendiri, saya turut membeli beberapa buku untuk ahli keluarga yang lain. Maklumlah RM200, banyak tu! Memang banyak buku yang boleh dibeli. Jadi pelajar-pelajar berkeluarga seperti saya, akan berpeluang membelikan buku dan bahan bacaan untuk ahli keluarga juga. Justeru kerajaan dapat mendorong perkembangan bidang literasi dan pendidikan kepada pelbagai lapisan rakyat, bukan setakat pelajar saja.
- Kelima, kerajaan pun akan turut mendapat pulangan (semula) 'pelaburan' melalui pulangan daripada cukai perniagaan! Peniaga buku, penerbit, pencetak dan sebagainya yang terlibat dalam bidang penerbitan dan penjualan buku akan membayar cukai perniagaan kepada kerajaan. Jadi perbelanjaan kerajaan untuk menawarkan bantuan dalam bentuk baucer, akan ditebus kembali melalui kutipan cukai perniagaan dan cukai pendapatan. Jadi beban bantuan baucer ini sebenarnya tidaklah ditanggung oleh kerajaan 100%!
- Kerajaan dan negara juga akan menikmati peningkatan jumlah golongan pembaca buku dan rakyat yang celik ilmu. Bilangan rakyat yang celik ilmu juga akan meningkat kerana rakyat berpeluang mendapatkan buku-buku yang boleh mereka baca. Ini akan meningkatkan kadar literasi dan celik huruf di kalangan rakyat Malaysia. Sekaligus meningkatkan kualiti dan taraf hidup masyarakat.
Apapun, terima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah melaksanakan suatu keputusan yang sangat besar impaknya kepada rakyat. Pada saya, baucer ini lebih kepada suatu suntikan modal dan 'tenaga' kepada perkembangan ekonomi dan pendidikan, khususnya yang berkaitan dengan industri buku dan perkembangan ilmu. Satu lagi langkah bijak selepas kerajaan memansuhkan PPSMI dan menggalakkan penulisan ilmiah dalam bahasa Melayu di kalangan ahli akademik!
Jadi, kepada sesiapa yang dapat peluang baucer RM200 ini, gunakanlah sepenuhnya peluang yang ada. Siapa tak mahu ambil tu, terpulanglah. Menyesal nanti!
.
Tuesday, December 20, 2011
Mahasiswa - beradablah sikit!
Saya tertarik untuk mengulas beberapa tindakan mahasiswa dalam arus politik negara kebelakangan ini. Amnya tindakan tersebut digerakkan oleh sebuah pertubuhan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Isu yang diperjuangkan oleh mereka ialah berkaitan dengan pemansuhan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) dan 'Kebebasan akademik'.
Isu ini sudah lama. Justeru membuatkan saya terfikir - mengapa SMM beriya-iya benar membangkitkan isu-isu ini sekarang, mengapa sekarang, dan untuk siapa?
Jika kita amati situasi politik semasa, saya melihat 'perjuangan' SMM lebih kepada memperjuangkan kepentingan segelintir 'orang politik'. Bermula dengan penggantungan tugas Profesor Aziz Bari, dan yang terkini demonstrasi jalanan serta acara menyerahkan memorandum di PWTC. Apa yang jelas, tindakan mereka lebih merupakan suatu provokasi untuk mencetuskan polemik. Polemik ini bukanlah menuju kepada isu yang dilaungkan, sebaliknya lebih kepada mengalih tumpuan rakyat daripada beberapa isu besar yang melanda politik negara masa kini. Hal ini lebih ketara apabila aktiviti jalanan SMM ini selalunya disertai segelintir pemimpin politik pembangkang. Jelas bahawa tindakan SMM bukanlah untuk membantu mahasiswa mahupun dunia akademik dalam erti kata yang sebenar!

Namun insiden yang ingin diulas di sini ialah tindakan segelintir mahasiswa (seorang daripadanya dikenali sbg sdr Adam Adli, mahasiswa UPSI) yang bertindak menurunkan bendera dengan potret YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang dikibarkan di PWTC, dan menggantikannya dengan bendera SMM. Bayangkan seorang mahasiswa, yang belajar di institusi pendidikan guru yang tertua di Malaysia, boleh melakukan sedemikian? Apakah agaknya yang akan dilakukan selepas bertugas sebagai guru nanti?
Tindakan sedemikian (menurunkan bendera dan menggantikannya), kepada mahasiswa terbabit mungkin dianggap sekadar tindakan nakal. Namun apabila ia membabitkan pemimpin negara dan maruah beliau sebagai pemimpin, perbuatan sedemikian sudah dianggap biadap dan kurang ajar. Hal ini pada saya, boleh menjatuhkan maruah YAB PM dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang mahasiswa mahupun sebagai rakyat yang seharusnya mempunyai semangat patriotik. Kepada seorang intelek, jika tidak sehaluan dengan YAB PM, UMNO mahupun kerajaan sekalipun, masih ada ruang-ruang tertentu yang boleh digunakan untuk meluahkan ketidakpuasan hati. Tetapi bukan cara sebegini!
Apa salah YAB PM sehingga diperlakukan sedemikian? Kita perlu ingat kedudukan kita sebagai bangsa Melayu yang mempunyai adab dan adat resam. Adab Melayu sentiasa menghormati pemimpin. Dalam Islam pun kita ditekankan supaya beradab dan berakhlak dengan pemimpin atau golongan yang lebih tua. Apatah lagi jika kita sudah bergelar mahasiswa yang belajar di universiti, dan menuntut pula daripada golongan intelektual (Dr, Profesor, dsb.)! Apa ilmu yang kita pelajari? Orang tua-tua ada berpesan - ikutlah resmi padi, makin berisi makin tunduk.
Saya juga kesal apabila sdra Adam dan rakan-rakannya daripada SMM berkeras tidak mahu memohon maaf terhadap tindakan mereka. Ini juga satu 'kesilapan besar' yang jelas menunjukkan mahasiswa kita masih kurang nilai dan pengisian akhlaknya. Dalam hal ini, sebagai mahasiswa kenalah berfikir matang dan mengutamakan adab kita terhadap pemimpin. Seorang pemimpin yang berkaliber akan sedia menanggung kesalahannya dan bersedia memohon maaf jika benar dia silap. Dalam hal ini jelas sdra Adam dan SMM bersalah. Maka tidak ada salahnya memohon maaf, kerana itulah sikap orang bermaruah.
Namun saya bukanlah ingin memburukkan sesiapa. Cuma saya ingin menasihatkan diri saya, mahupun semua mahasiswa dan golongan akademik, kita adalah golongan intelektual yang menjadi harapan masyarakat untuk menjadi pemimpin. Maka akhlak, adab dan nilai murni perlu diamalkan sebaiknya. Kalau ini pun tidak mampu kita amalkan, jangan haraplah kita mampu melakukan sesuatu yang lebih sukar.
Apa kata kita renung-renungkan nasihat Tun Mahathir dalam video di bawah:
Sumber foto: KL-Today.

Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Sumber : PRPM DBP - Kamus Dewan Edisi Empat Muat turun - (Komp) tindakan memindahkan fail dr stesen komputer utama ke stesen komputer pe...
-
Saya ni bukanlah pakar sangat dalam penyelidikan. Tapi saya ada la sikit ilmu dan pengalaman yang boleh saya kongsikan berkaitan hal ini....