Selamat datang. Blog ini mengandungi penulisan dan bahan rujukan berkaitan pengaturcaraan dan penyelidikan yang ingin saya kongsi dengan anda. Semoga bermanfaat. (Nota: Selain teks rumi, blog ini turut mengandungi teks jawi bahasa Melayu)
Monday, September 23, 2024
Monday, September 09, 2024
Penulisan Majalah #8 - Dewan Kosmik - 07/2024
Membasmi Pepijat Dan Mencegah Ralat Perisian
Majalah Dewan Kosmik, edisi 07/2024, pp 46-49
https://jendeladbp.my/ujana/dewan-kosmik-julai-2024/
Penulisan Majalah #7 - Dewan Kosmik - 03/2024
Teknik Pengaturcaraan Untuk Perisian Rentas Platform
Majalah Dewan Kosmik, edisi 03/2024, pp 52-55
Penulisan Majalah #6 - Dewan Kosmik 10/2023
Teknologi Pengkompilan Merentas Platform Untuk Pembangun Perisian
Majalah Dewan Kosmik, edisi 10/2023, pp 14-17
Penulisan Majalah #5 - Dewan Kosmik - 07/2023
Perisian Dan Kecerdasan Buatan Menyokong Automasi Kerja
Artikel Fokus, Majalah Dewan Kosmik, edisi 07/2023, pp 4-9
Penulisan Majalah #4 - Dewan Kosmik - 01/2023
Evolusi Teknologi Pengaturcaraan Komputer
Penulis: Mohd Yunus Sharum
Majalah Dewan Kosmik, edisi 01/2023, pp 54-57
https://jendeladbp.my/ujana/dewan-kosmik-januari-2023/
Penulisan Majalah #3 - Dewan Kosmik - 11/2022
Pembangunan Aplikasi Penilaian Ergonomik
Penulis: Muhammad Dazriq Iqramie Mohd Zuki (BSK-SK UPM), Mohd Yunus Sharum
Majalah Dewan Kosmik, edisi 11/2022, pp 34-36
Penulisan Majalah #2 - Dewan Kosmik - 07/2022
Sistem Pengoperasian Yang Tidak Pernah Letih
Penulis: Mohd Yunus Sharum
Majalah Dewan Kosmik, edisi 07/2022, pp 46-49
Penulisan Majalah #1 - Dewan Kosmik (atas talian) - April 2022
Isu Privasi Dan Keselamatan Data Pengguna Dalam Teknologi Metaverse
Penulis: Mohd Yunus Sharum
Majalah Dewan Kosmik (versi atas talian), edisi April 2022
https://dewankosmik.jendeladbp.my/2022/04/21/2779/
Saturday, September 07, 2024
Menggunakan JavaFX dalam IDE Eclipse
- Memasang plugin e(fx) Eclipse
- e(fx) ialah plugin yang membolehkan projek berkaitan JavaFX dibina / diurus oleh Eclipse.
- Memuat turun dan memasang pustaka JavaFX
- JavaFX ialah pustaka yang diperlukan untuk membina aplikasi Java denga GUI JavaFX.
- Membina komponen pustaka JDK dengan JavaFX dalam Eclipse
- komponen ini diperlukan oleh pengkompil JDK semasa pembinaan / pengkompilan Java di dalam Eclipse.
- Membina komponen JRE (mesin maya) dengan JavaFX dalam Eclipse
- komponen ini diperlukan untuk melaksanakan aplikasi Java dengan JavaFX dari dalam Eclipse (pengujian).
Langkah 1: Memasang plugin e(fx) Eclipse
- Buka Eclipse dan pilih 'Help' kemudian 'Install New Software' daripada bar menu.
- Tekan bebutang 'Add'.
- Isikan nama yang sesuai untuk mengambarkan sumber pemasangan plugin (cth: 'efx nightly build') pada kotak input 'Name'.
- Isikan URL https://download.eclipse.org/efxclipse/updates-nightly/site/ pada kotak input 'Location'.
- Tekan bebutang 'Add'.
- Senarai pustaka akan dipaparkan. Pilih semua item 'e(fx) ...' yang disenaraikan dan tekan bebutang 'Finish'.
- Pustaka e(fx) akan dimuat turun dan dipasang. Pemasangan ini mungkin memerlukan masa dan tunggu saja sehingga selesai (lihat status pemasangan di penjuru kanan, bawah).
Langkah 2: Memuat turun / memasang pustaka JavaFX
- Muat turun pemasang JavaFX (*.zip, pakej SDK) daripada laman web JavaFX cth: https://jdk.java.net/javafx22/ (ketika artikel ini ditulis versi 22 adalah yang terkini)
- Ekstrak fail pustaka ke dalam direktori yang akan digunakan untuk pembangunan (cth: c:\users\USER\javafx-sdk\).
Langkah 3 : Membina komponen pustaka JDK dengan JavaFX dalam Eclipse
- Buka IDE Eclipse.
- Pilih 'Window' kemudian 'Preferences' di bar menu.
- Dalam tetingkap yang terpapar, lihat senarai di sebelah kiri. Pilih 'Java' kemudian 'Build Path' dan seterusnya 'User Libraries'.
- Tekan bebutang 'New' dan tuliskan nama untuk pustaka baharu (cth: 'Pustaka JavaFx 22'). Tekan bebutang 'OK'.
- Pilih nama pustaka baharu daripada senarai yang dipaparkan ('Pustaka JavaFx 22'). Kemudian tekan bebutang 'Add External JARs...'.
- Cari dan dapatkan semula direktori yang mengandungi pustaka JavaFX yang dipasang dalam Langkah 2 (c:\users\USER\javafx-sdk\javafx-sdk-22.0.2). Buka subdirektori 'lib'.
- Pilih semua fail dengan sambungan *.jar. Kemudian tekan bebutang 'Open'.
- Tekan bebutang 'Apply and Close'. Pustaka JavaFX yang diperlukan sepatutnya sudah terbina dengan nama 'Pustaka JavaFx 22'.
Langkah 4: Membina komponen JRE (mesin maya) dengan JavaFX dalam Eclipse
- Pilih 'Window' kemudian 'Preferences' daripada bar menu.
- Dalam tetingkap yang terpapar, lihat senarai di sebelah kiri. pilih 'Java' kemudian 'Installed JREs'.
- Pilih nama pustaka JRE yang dipaparkan. Pustaka sedia ada ini akan dijadikan salinan untuk JRE dengan JavaFX. (NOTA: Sepatutnya terdapat sekurang-kurangnya satu JRE asas disenaraikan, yang dipasang bersama pakej Eclipse dengan JDK)
- Tekan bebutang 'Duplicate'.
- Dalam tetingkap yang terpapar, tukarkan kandungan kotak input 'VM Name' kepada nama yang sesuai untuk menamakan JRE VM baharu. Contoh JRE JavaFx.
- Di dalam kotak input 'Default VM Arguments' tuliskan teks berikut:
--module-path c:\users\USER\javafx-sdk\javafx-sdk-22.0.2\lib --add-modules javafx.controls,javafx.fxml(NOTA: Teks merah c:\users\USER\javafx-sdk\javafx-sdk-22.0.2 ialah direktori di mana JavaFX dipasang semasa Langkah 2. Pastikan ia sama dengan lokasi JavaFX yang anda pasang. Jika tidak ralat akan berlaku semasa penggunaan JRE) - Tekan bebutang 'Add External JARs'.
- Pilih semua fail dengan sambungan *.jar. Kemudian tekan bebutang 'Open'.
- Tekan bebutang 'Finish'. Mesin maya JRE dengan JavaFX yang diperlukan sepatutnya sudah terbina dengan nama 'JRE JavaFx'.
- Pada bar menu, pilih 'File', 'New' kemudian 'Other'.
- Daripada senarai yang terpapar, pilih 'JavaFX Project'.
- Tekan bebutang 'Next'.
- Isikan nama projek yang sesuai pada kotak input 'Project name'.
- Pada bahagian / seksyen 'JRE' di bawahnya, pada bulet 'Use a specific project JRE', pilih JRE yang dibina daripada Langkah 4 - 'JRE JavaFx'.
- Pada bahagian / seksyen, pastikan 'Create module-info.java file' tidak ditanda.
- Fail ini ialah fail konfigurasi projek. Sekiranya diperlukan kelak, ia masih boleh dibuat secara manual selepas projek dibina.
- Tekan bebutang 'Finish'. Projek untuk pembangunan Java dengan JavaFX akan dibentuk.
-
Sebelum ini saya pernah menulis tentang kenapa kita (masyarakat) perlu menulis bahan-bahan bertulis / rujukan ilmiah ( Rujuk Sini ). Namun d...
-
Sumber : PRPM DBP - Kamus Dewan Edisi Empat Muat turun - (Komp) tindakan memindahkan fail dr stesen komputer utama ke stesen komputer pe...