Sumber : PRPM DBP - Kamus Dewan Edisi Empat
Muat turun - (Komp) tindakan memindahkan fail dr stesen komputer utama ke stesen komputer pengguna melalui talian rangkaian;
Muat naik - (Komp) tindakan memindahkan fail dr stesen komputer pengguna ke stesen komputer utama melalui talian rangkaian;
Sumber : Wikipedia (http://ms.wikipedia.org/wiki/Muat_turun_dan_muat_naik)
Muat turun (Inggeris: download) dan muat naik (Inggeris: upload) dalam teknologi maklumat ialah istilah yang digunakan untuk menggambarkan proses pengalihan fail antara dua komputer atau sistem serupa lainnya.
Muat turun adalah proses menerima data dari sebuah sistem seperti pelayan web, pelayan FTP atau sistem serupa lainnya.
Muat naik adalah proses mengirim data dari komputer peribadi ke suatu sistem seperti pelayan web, pelayan FTP atau sistem serupa lainnya.
Kenapa saya membuat masukan blog berkenaan muat naik / muat turun? Kebelakangan ini saya mendapati terdapat kesalahan pengunaan istilah-istilah 'muat naik' dan 'muat turun' di kalangan masyarakat yang berbahasa Melayu (bahkan dalam akhbar berbahasa Melayu utama pun turut tersalah guna dua istilah ini!), di mana istilah muat-turun kerap digunakan untuk maksud menyalin atau mengirim data ke komputer pelayan, sedangkan itu maksud muat-naik.
Oleh itu berhati-hatilah dalam menggunakan istilah-istilah ini. Fahamilah maksudnya, dan gunakan dengan tepat supaya kita tidak tersalah menerima dan menyebar maklumat!
'..., yang baik itu budi, yang indah itu bahasa'